View Article |
Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: perspektif media, pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik
Mohd Ridhuan Tee Abdullah1.
Kajian berkaitan dengan integrasi perpaduan kaum di Malaysia agak kompleks. Ini kerana, sosialisasi politik yang dilalui oleh setiap kaum amat bersifat perkauman. Agen- agen seperti sejarah, pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan amat kuat mencengkam budaya politik setiap kaum. Akhirnya, lahirlah setiap bangsa yang memperjuangkan kepentingan masing-masing. Bukti-bukti ini diperolehi melalui tinjauan yang dibuat ke atas kajian-kajian lalu sebelum ini. Keadaan tidak banyak berubah sehingga ke hari ini. Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana pengaruh agen-agen sosialisasi politik seperti media, pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang dilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian menunjukkan bahawa sosialisasi politik perkauman melahirkan sentimen perkauman yang tinggi. Integrasi perpaduan masih lagi samar. Realitinya, sentimen perkauman masih kuat mencengkam budaya politik masyarakat berbilang kaum
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 522 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|