Analisis ayat majmuk pancangan Bahasa Melayu dalam pantun Melayu
Ab. Razak Ab. Karim1, Nurul Ain Alizuddin2.
Makalah ini berfokus pada ayat majmuk pancangan bahasa Melayu yang digunakan dalam pantun Melayu. Pantun merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam pantun memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni. Dapatan analisis menunjukkan pantun merupakan satu medium yang terbaik dalam menganalisis ayat-ayat majmuk pancangan bahasa Melayu. Bentuk binaan pantun kompleks kerana dalam rangkap pantun banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan. Susunan ayat majmuk yang kompleks ini memerlukan satu kajian lengkap. Kajian ini berlandaskan teori Transformasi Generatif Standard yang telah diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Dalam menerbitkan ayat majmuk pancangan berlaku proses-proses transformasi seperti pengguguran, peluasan, dan penyusunan semula. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan-keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 262 time(s))