Analisis kesopanan Bahasa Leech (1983) & Grice (1975): manifestasi pola & struktur kesopanan bahasa dalam novel Melunas Rindu
Sara Beden1, Indirawati Zahid2.
Kajian ini bertujuan untuk mengklasifikasi dan menstrukturkan pola kesopanan bahasa dalam novel Melunas Rindu, iaitu Komponen Sastera (Komsas) yang digunakan oleh murid tingkatan empat di Zon 4 (Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Gambaran kesopanan bahasa diperlihatkan melalui peristiwa dan dialog-dialog antara watak dalam novel ini. Dalam mempraktikkan kesopanan berbahasa, terdapat struktur tertentu yang digunakan sesuai dengan peristiwa yang dirujuk. Sehubungan dengan itu, analisis yang dilakukan akan memaparkan struktur peristiwa kesopanan bahasa yang diaplikasikan dalam data kajian. Novel ini dianalisis berdasarkan dialog watak utama dan watak sampingannya dengan berfokus pada dialog dalam bab 12 novel ini. Dialog yang menjadi data kajian akan dianalisis dengan menggunakan model kesopanan Leech (1983) dan model kesopanan Grice (1975). Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan, kaedah analisis teks dan kaedah kuantitatif. Berdasarkan analisis, dapatan kajian memperlihatkan hanya empat maksim Leech dan dua maksim Grice telah dipatuhi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa maksim-maksim Leech tidak dapat berdiri sendiri bagi menggambarkan kesopanan berbahasa dalam beberapa peristiwa sebaliknya memerlukan kombinasi maksim sehingga membentuk pola-pola tertentu. Kehadiran maksim Grice dalam kasus tertentu telah melengkapkan maksim Leech. Dapatan analisis turut menunjukkan bahawa struktur yang digunakan dalam pola kesopanan bahasa bagi setiap peristiwa adalah bervariasi. Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa kesopanan bahasa dan struktur pola kesopanan yang wujud tidak berlaku sewenang-wenangnya sebaliknya berobjektifkan sesuatu peristiwa.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 158 time(s))