Cabaran yang dihadapi pendidikan seni visual dengan kemunculan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Malaysia
Sharulnizam Ramli1, Syed Alwi Syed Abu Bakar2, Sabzali Musa Khan3.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Namun begitu ia merupakan satu gabungan yang sangat unik. Gabungan antara duanya merupakan sesuatu perkara yang sangat mencabar. PSV pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melahirkan bukan sahaja pelajar yang kreatif malah dapat memproduksi penghayat dan seniman visual sebagai katalis bagi perkembangan Industri Kreatif di Malaysia. Kewujudan ICT dan perisian melukis tidak seharusnya menggugat nilai estetika seni tradisional sebaliknya harus diterima sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. PSV seharusnya bergerak seiringan dengan ICT agar industri kreatif tidak ketinggalan.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 171 time(s))