Konsep tema ‘Islamik’ dalam ‘filem Islamik’ Syurga Cinta (2009)
Ayu Haswida Abu Bakar1.
‘Filem Islamik’ adalah fenomena baharu pasca 2008 di Nusantara, yang dicetuskan oleh para pengkarya filem Indonesia. Fenomena filem Islamik ini mula merebak di Malaysia sekitar 2009 dengan Syurga Cinta 2009 yang diklasifikasikan sebagai filem bergenre agama, berdasarkan kepada tema ‘Islamik’ syurga cinta yang didefinisikan sebagai jodoh dari Allah, dan melalui konsep penceritaan yang dikatakan bernaung dalam ruang genre agama. Sungguhpun begitu, menurut Naim Ahmad (2010) ‘filem Islamik’ boleh diklasifikasikan kepada dua jenis. Pertama, ‘filem Islamik’ dan kedua ‘filem berunsur Islam’. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan mengupas dan menganalisa sejauhmanakah konsep tema Islamik yang ‘digunapakai’ oleh filem Syurga Cinta, mampu mengangkat filem ini sebagai sebuah ‘filem Islamik’. Konsep tema ‘Islamik’ yang dikaji akan menggunakan pendekatan tema dari Teori Taabudiyyah dan konsep estetika dari Teori Takmilah. Justeru, fokus kajian ini menjurus kepada konsep tema yang didefinisikan sebagai penghayatan Islamiah yang mencakupi aspek-aspek kehidupan: isu yang diangkat merupakan, samada permasalahan lama atau kontemporari umat Islam, yang mengangkat keindahan yang boleh didefinisikan sebagai estetika: sifat kesempurnaan Allah.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 152 time(s))