Budaya hedonisme dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu
Nur Erina Norazlan1, Wan Rafaei Abdul Rahman2.
Makalah ini akan melihat persepsi pelajar pascasiswazah terhadap bentuk hedonisme yang terdapat di Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik teknik repertory grid dalam menilai persepsi responden terhadap budaya hedonisme. Responden terdiri daripada pelajar pascasiswazah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Dapatan kajian menunjukkan pelajar pascasiswazah mempersepsikan hedonisme sebagai menimbulkan keseronokan dan didorong oleh pengaruh rakan sebaya. Bentuk-bentuk budaya hedonisme dipersepsikan sebagai menimbulkan keseronokan dengan melayari internet, menonton rancangan hiburan, bercuti dan membeli-belah. Manakala mengadakan majlis mewah, bercuti, mengunjungi konsert, melepak dan mengunjungi pusat hiburan adalah bentuk hedonisme yang dipersepsikan sebagai pengaruh rakan sebaya. Menghisap dadah pula dipersepsikan oleh responden kajian sebagai bentuk hedonisme yang tidak menimbulkan keseronokan dan bukan disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar pascasiswazah Melayu ini mempunyai banyak pilihan yang lebih sihat dan tidak membahayakan diri sebagai sumber hiburan mereka dan dapatan kajian juga mendapati mereka tidak memilih untuk terjebak dengan penyalahgunaan dadah sebagai unsur hiburan mereka. Repertory grid telah dapat menunjukkan gambaran budaya hedonisme di kalangan pascasiswazah Melayu.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 743 time(s))