Manuskrip Al-Jawharah Al-Mun Ī Fah: pengenalan dan analisis pemikiran akidah daripada Jalur Alm Ā Turidiyyah
Mohd Anuar Mamat1, Wan Suhaimi Wan Abdullah2, Mohd Sobri Ellias3.
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji sebuah karya penting di dalam bidang akidah oleh Mullā Ḥusayn bin Iskandar al-Ḥanafī. Kitab ini adalah sebuah syarahan kepada Waṣiyyah Abī Ḥanīfah yang merupakan antara kitab terawal dan ulung dalam bidang tersebut. Perbincangan yang diutarakan adalah padat dan komprehensif yang mengemukakan suatu kesimpulan terhadap kupasan-kupasan sebelumnya. Kajian ini mendapati bahawa karya tersebut menjelaskan pemikiran akidah al-Imam Abū Ḥanīfah yang merangkumi perkara-perkara asas dalam akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah dengan baik dan sempurna. Perbincangan itu merangkumi persoalan hakikat iman dan amal, ma‘rifat Allāh dan perkara-perkara al-sam‘iyyāt. Dengan kajian ini diharapkan kitab al-Jawharah al-Munīfah dapat diperkenalkan kepada para pengkaji memandangkan kitab tersebut merupakan turath agung dan perbincangan yang diutarakan amat penting dalam usaha menjelaskan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah daripada jalur para sarjana al-Māturidiyyah.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam Baitul Sa’adah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 176 time(s))