View Article |
Persepsi pelajar tamhidi syariah dan undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia terhadap kursus al-mabadi’ al-fiqhiyyah: satu kajian awal
Wan Amir Nudin Wan Ishak1, Sanusi Shariff2, Azniwati Abdul Aziz3, Rasmina Hasbullah4, Mohamed Akhiruddin Ibrahim5, Irwan Mohd Subri6, Fakhtah Farashah Suhaimi7.
Artikel ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Tamhidi Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terhadap kursus al-Mabadi’ al-Fiqhiyyah yang diambil oleh pelajar pada semester pertama. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian pada peringkat ini, membolehkan mereka meneruskan pengajian sama ada dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang & Syariah (SMUS) atau Sarjana Muda Fiqh & Fatwa (FIFA) di Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM. Kajian ini menyentuh penilaian pelajar pada akhir semester terhadap kurikulum yang dipelajari termasuk metod pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga memberikan penekanan yang lebih utama terhadap enrolmen metod pengajaran dan pembelajaran. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif melalui pilot study (Tinjauan Awal) dengan menjalankan soal selidik kepada 30 orang responden di kalangan pelajar Pusat Tamhidi. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya pelajar-pelajar ini memahami dan dapat mengaitkan dengan isu-isu semasa dan secara tidak langsung kursus ini berkait rapat dengan bidang-bidang utama iaitu Fiqh, Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah. Kursus ini juga telah membekalkan ilmu pengetahuan asas perundangan Islam dan istilah-istilah Fiqh serta kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam perundangan Islam. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa kepentingan integrasi ilmu antaranya adalah sebagai pembangunan pendidikan, institusi dan fakulti selain dapat mengembangkan lagi skop pengajian yang telah ditetapkan. Maka, hasil tinjauan yang dilakukan dalam kajian ini juga boleh dijadikan penanda aras bagi Pusat Tamhidi untuk meneruskan dan melakukan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan ilmu Naqli dan Aqli.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 119 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|