Pendekatan Tawhidik di dalam Tatakelola kerajaan yang baik (good governance): satu analisa konsepsual
Maszlee Malik1.
Good Governance, ataupun yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu sebagai tatakelola kerajaan yang baik, atau tadbirurus yang baik merupakan satu konsep yang amat popular dewasa ini. Semenjak konsep tersebut dipopularkan oleh Bank Dunia pada tahun 1989, sehingga kini, ia terus menjadi fad du jour (trend ikutan hari ini) oleh ramai pihak. Tatakelola dilihat sebagai satu kemestian bagi setiap kerajaan di dunia. Ia menjadi tema bagi pihak kerajaan yang ada untuk memperbaiki mutu pemerintahan dan pentadbiran mereka, dan juga menjadi senjata bagi pihak pembangkang di peringkat antarabangsa untuk mengkoreksi dan juga menilai kerajaan yang sedia ada. Persoalannya, apakah sikap Islam terhadap konsep tersebut? Dan apakah di dalam ajaran Islam terdapat juga konsep seumpamanya memandangkan Islam merupakan satu ajaran yang komprehensif yang mencakupi bidang keakhiratan dan juga bidang keduniaan? Artikel ringkas ini akan mengupas secara konsepsual pendekatan Tawhidik, keadilan (‘Adl) dan Maqasid al-Shari’ah terhadap isu tatakelola kerajaan yang baik (Good Governance) berteraskan pembacaan induktif kepada sumber epistemology Islam.
Affiliation:
- International Islamic University Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 54 time(s))