Tahap pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan pelajar bidang sains kesihatan dan Pengajian Islam
Wan Nudri Wan Daud1, Nor Faizatul Najwa Abdullah2.
Amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sudah tidak asing lagi.
Namun, sejauh manakah tahap pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan
penduduk di Negara ini, masih tidak banyak dikaji. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke
atas 207 pelajar peringkat ijazah tahun akhir bidang Sains Kesihatan daripada Universiti Sains
Malaysia (USM) dan 96 pelajar ijazah tahun akhir bidang Pengajian Islam daripada Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Objektif kajian ialah untuk membandingkan tahap
pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan pelajar berlatar belakang Sains
Kesihatan dan Pengajian Islam. Maklumat pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma oleh
responden diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Keputusan kajian mendapati
kebanyakan pelajar daripada bidang Pengajian Islam (94.8%) dan Sains Kesihatan (81.6%)
mempunyai tahap pengetahuan mengenai buah kurma pada tahap yang baik. Amalan pengambilan
buah kurma pada kekerapan setiap hari semasa bulan ramadhan adalah tinggi dalam kalangan
pelajar bidang Pengajian Islam (84.4%) dan Sains Kesihatan (80.7%). Walau bagaimanapun,
amalan pengambilan setiap hari di luar bulan ramadhan adalah rendah iaitu cuma 15.6% dalam
kalangan pelajar bidang Pengajian Islam dan 6.8% dalam kalangan pelajar bidang Sains
Kesihatan. Faktor rasa manis adalah penyebab utama mengapa amalan pengambilan buah kurma
tidak diambil secara berterusan dalam kalangan kedua-dua kumpulan. Kesimpulannya, tahap
pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan pelajar bidang Pengajian Islam
adalah lebih baik berbanding dengan pelajar bidang Sains Kesihatan. Walau bagaimanapun amalan
pengambilan buah kurma di luar bulan Ramadhan adalah masih rendah untuk kedua-dua kumpulan
yang dikaji. Kempen untuk menggalakkan pengambilan buah kurma dalam kalangan komuniti di
Negara ini patut diadakan, memandangkan buah kurma mengandungi tinggi nutrient dan termasuk
dalam jenis makanan yang disukai oleh Rasulullah
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 44 time(s))