Pola pemakanan dan kesannya terhadap gaya hidup dan pemikiran individu: analisis terhadap surah Al-Kahfi
Siti Norlina Muhamad1, Farahwahida Mohd Yusof2, Ahmad Ziyaadi Al-Hatim Mahpuz3, Hanisah Binti Abdul Rahman4, Asma Nurul ‘Aqilah Binti Mahpuz5.
Pemilihan pola pemakanan merupakan satu perkara penting bagi melahirkan modal insan yang
cemerlang. Islam telah memberi garis panduan terbaik dalam memilih makanan agar ia dapat
dipastikan benar-benar halal, baik serta paling berkualiti dan berkhasiat. Pemakanan yang diambil
memberi impak yang besar kepada kesihatan fizikal, mental dan spiritual seseorang. Ini terbukti
melalui kisah Ashabul Kahfi, iaitu sekumpulan pemuda yang bukan hanya memiliki keupayaan
fizikal yang luar biasa, tetapi juga kekuatan mental dan spiritual yang jauh ke hadapan berbanding
dengan anggota masyarakat pada zaman mereka. Menurut setengah ahli tafsir, dalam surah al-Kahfi
dijelaskan tentang bagaimana corak pemakanan yang diambil oleh penghuni gua (Ashabul Kahfi).
Kajian berkaitan pemakanan halal telah banyak dilakukan oleh para pengkaji, tetapi kajian berkaitan
pemakanan baik, paling berkhasiat dan berkualiti dari perspektif Islam kurang diberi perhatian.
Situasi ini sangat merugikan manusia. Hal ini kerana falsafah ilmu pemakanan yang diajarkan
dalam al-Quran dan hadis sememangnya dapat dibuktikan secara saintifik memberi banyak manfaat
serta mencegah pelbagai mudarat kepada kesihatan fizikal dan spiritual individu. Kajian ini
menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kitab-kitab tafsir dan hadis serta artikel jurnal yang membincangkan tentang gaya pemakanan masyarakat hari ini dan kesannya terhadap tahap
kesihatan spiritual dan fizikal mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa beberapa isu berkaitan
pemakanan seperti kualiti makanan dan pola pemakanan sangat mempengaruhi kekuatan spiritual
dan fizikal seseorang individu.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 53 time(s))