View Article |
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemulihan pesakit strok di Kuala Lumpur
Nurul Aini, H.M1, Aniza, I2, Hazlina, M.M3.
Strok adalah antara penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit strok dan kematian akibatnya. Data statistik Hospital Kuala Lumpur mencatatkan 30 hingga 35% daripada 1000 kes strok yang tlirawat menyebabkan kernatian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk rnengkaji tahap pemulihan
strok dan faktor·faktor yang mempengaruhinya. Kajian dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (H UIGVI), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan National Stroke Association of Malaysia (NASAM). Kaedah persampelan ialah universal dan responden ditemubual menggunakan soal selidik berpandu. Pemulihan strok dikaji untuk mengenalpasti dengan faktor sokongan sosial, umur, gaya tindak, keterukan strok dan gaya hidup. Kadar respon kajian adalah 50.3%. Sebanyak 47.0% pesakit strok mendapat pernulihan strok yang tinggi. Di antara lirna (5) faktor yang dikaji, tiga (3) menunjukkan kaitan yang bermakna dengan pernulihan strok iaitu faktor iaitu gaya tindak; nisbah ods 0.293 (95% Selang Keyakinan (SK), 0.129-0.668, p=0.004); gaya hidup, nisbah ods 0.347 (95% Selang Keyakinan (SK), 0.154 - 0.782, p=0.01) dan sokongan sosial nisbah ods 0.291 (95% Selang Keyakinan (SK), 0.128- 0.664. P =0.004). Wujudnya hubungan yang berrnakna di antara pemulihan strok dengan tiga faktor yang dikaji iaitu sokongan sosial, gaya tindak dan gaya hidup. Kebanyakan pesakit strok adalah orang tua yang sudah bersara dan wanita yang tidak bekerja. Ketiga-tiga faktor ini perlu diberikan perhatian selanjutnya agar pesakit strok memperolehi pemulihan yang lebih baik.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus (SCImago Journal Rankings 2016) |
Impact Factor
|
- |
Rank |
Q4 (Public Health, Environmental and Occupational Health) |
Additional Information |
0.141 (SJR) |
|
|
|