View Article |
Kepekatan beban bahan pencemar di alur ilmu kampus UKM Bangi: kaedah min kepekatan peristiwa (EMC)
Haslinur Md Din1, Mohd Ekhwan Toriman2, Mazlin Mokhtar3, Rahmah Elfithri4, Nor Azlina Ab.Aziz5, Nur Munirah Abdullah6, Mohd Khairul Amri Kamarudin7.
Beban pencemar air dan luahan sungai adalah antara data asas dalam menentukan kedinamikan sesebuah sungai. Input kualiti air dan luahan lazimnya boleh diperoleh melalui pengambilan sampel air dilapangan ataupun dicerap secara automatik menggunakan simpanan kawalan data. Artikel ini membincangkan beban pencemar kualiti air dan hubungannya dengan luahan (m3/s) menggunakan kaedah Min Kepekatan Peristiwa (EMC) di Alur Ilmu UKM yang berpunca dari hutan Diptorakap Simpan Bangi (2Ëš55’14.72”N 101Ëš46’57.37.”E). Panjang Alur Ilmu adalah 1.79 km yang merentasi kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum mengalir masuk ke Sungai Langat. Parameter oksigen terlarut (DO) dan jumlah pepejal terlarut (TDS) diukur melalui stesen automatik kualiti air model YK 615 yang dipasang pada hilir alur tersebut (2Ëš55’40.33”N 100Ëš46’47.15”E). Analisis makmal dilakukan bagi beban pencemar kimia seperti ammonia nitrogen (NH3-N), jumlah pepejal terampai (TSS), permintaan oksigen biokimia (BOD) dan permintaan oksigen kimia (COD) mengikut garis panduan American Public Health Association (APHA, 2005). Kadar luahan masa normal Alur Ilmu dicatat ialah 0.33(m3/s) dan luahan masa hujan maksimum ialah 13.04 (m3/s). Jumlah anggaran beban pencemar mengikut kaedah EMC seperti DO (18.51±3.01 mg/L), TDS (794.92±186.72mg/L), BOD (11.57±0.28mg/L), COD (201.29±1.55mg/l), TSS (470.03±27.63mg/L) dan ammonia nitrogen (2.52±0.0mg/L). Ujian korelasi menunjukkan hubungan langsung antara jumlah hujan dan luahan (Q) serta beberapa beban pencemar dengan R²=1 pada aras kesignifikan 0.05. Hasil kajian juga mengklasifikasikan beberapa beban pencemar berada dalam kelas III dan kelas IV seperti yang telah ditetapkan oleh Indeks Kualiti Air (IKA).
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus (SCImago Journal Rankings 2016) |
Impact Factor
|
0 |
Rank |
Q4 (Analytical Chemistry) |
Additional Information |
0.152 (SJR) |
|
|
|