View Article |
Isu keselamatan dalam kesejahteraan komuniti ‘kampung dalam bandar’ di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman
Mohamad Shaharudin Samsurijan1, Mohd Yusof Hussain2, Azima Abd. Manaf3, Rosniza Aznie, C.R4, Novel, L5, Mohd Fuad, M.J6.
Aspek keselamatan merupakan isu penting dalam kehidupan masyarakat tidak kiralah samada di bandar atau luar bandar. Pengukuran aspek keselamatan ini seringkali digunakan oleh penyelidik sebagai faktor pengukur tahap kesejahteraan hidup penduduk. Kajian ini telah memilih aspek keselamatan sebagai fokus kajian dalam mengukur kesejahteraan hidup penduduk “kampung bandar” di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah. Kajian ini dilakukan bagi mengkaji persepsi penduduk “kampung bandar” terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka dari aspek keselamatan. Seramai 132 responden telah terlibat, yang mana mereka ini terdiri daripada 30% daripada jumlah ketua isi rumah yang telah dipilih secara rawak di kedua-dua kampung berkenaan (81 orang di Kampung Berjaya dan 51 orang di Kampung Mempelam). Kajian ini telah menganalisis tiga peringkat ancaman keselamatan yang sering dihadapi oleh penduduk. Peringkat (i) persepsi penduduk terhadap kejadian bencana alam yang berlaku di kampung itu; (ii) persepsi penduduk terhadap kejadian-kejadian yang boleh mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di dalam kampung dan (iii) persepsi penduduk terhadap tahap keselamatan di dalam kampung berkenaan. Hasil yang diperolehi bagi peringkat (i) penduduk “kampung bandar” berhadapan dengan ancaman banjir; pada peringkat (ii) penduduk “kampung bandar” seringkali diancam ancaman pecah rumah
dan ragut; dan pada peringkat (iii) telah menunjukan penduduk di Kampung Mempelam lebih berasa selamat dan paling kurang berhadapan dengan ancaman keselamatan berbanding dengan penduduk di Kampung Berjaya. Ini menunjukan persepsi penduduk terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka masih memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berwajib.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 500 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|