Bahasa reseptif dan bahasa ekspresif dalam komunikasi verbal : pemelajaran bahasa Melayu kanak-kanak sindrom Down
Puteri Roslina Abdul Wahid1.
Tulisan ini menghuraikan tentang pemerolehan bahasa verbal dalam kalangan kanak-kanak sindrom Down. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa verbal, iaitu pertama, menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua, memahami kata (bahasa reseptif). Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Kajian ini memperlihatkan bahawa kanak-kanak SD merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Oleh itu, penguasaan bahasa verbal yang baik mengambil masa yang panjang berbanding dengan kanak-kanak normal. Justeru, pendekatan dalam pemelajaran dan pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak SD perlu dikaji semula agar penggunaan bahan konkrit di persekitaran kanak-kanak dapat dimanfaatkan bagi menggalakkan perkembangan kognitif mereka dirangsang bagi mempertingkat tahap pemelajaran bahasa Melayu.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28250 time(s))