View Article |
Sintesis hidrogel berasaskan nata de coco dengan asid akrilik sebagai ko-monomer menggunakan kaedah pempolimeran radikal bebas
Melissa Liew1, Rizafizah Othaman2, Rozida Khalid3, M.C.Iqbal M.Amin4, Azwan Mat Lazim5.
Nata de coco merupakan sejenis selulosa bakteria yang dihasilkan oleh bakteria dari spesis Acetobacter xylinum. Sifatnya yang lebih stabil secara fizikal berbanding selulosa daripada tumbuhan memberikan kelebihan yang luar biasa untuk dibangunkan sebagai hidrogel yang sensitif terhadap persekitaran. Hidrogel selulosa bakteria-ko-asid akrilik disintesis berdasarkan kaedah pempolimeran radikal bebas. Agen pemula , ammonium persulfat (APS)telah digunakan untuk memulakan tindak balas. Manakala agen taut silang, N,N’-metilena bisakrilamida telah digunakan supaya tindak balas pempolimeran menghasilkan jaringan yang lebih baik dan efektif. Ujian pembengkakan ke atas hidrogel dijalankan pada larutan yang mempunyai pH yang berbeza untuk mengenalpasti kebolehan hidrogel bertindak balas terhadap pH persekitaran. Analisis ATR-FTIR dijalankan untuk memastikan wujudnya interaksi molekul antara selulosa bakteria dan asid akrilik. Selain itu, penentuan nilai peralihan kaca (Tg) menggunakan kaedah DSC dijalankan ke atas hidrogel yang berjaya disintesis.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus (SCImago Journal Rankings 2016) |
Impact Factor
|
0 |
Rank |
Q4 (Analytical Chemistry) |
Additional Information |
0.152 (SJR) |
|
|
|