View Article |
Pengintegrasian elemen pendidikan dalam pembangunan produk rekreasi di tapak warisan dunia Melaka: pendekatan pengusaha pelancongan
Ahmad Nazrin Aris Anuar1, Habibah Ahmad2, Hamzah Jusoh3, Mohd Yusof Hussain4, Amriah Buang5, Sri Winarni Samsir6.
Pendidikan adalah bahagian yang penting dalam pembangunan produk pelancongan, terutama di Tapak Warisan Dunia. Pengusaha pelancongan sememangnya mempunyai peranan penting dalam melaksanakan aktiviti rekreasi dan mendidik pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana pengusaha pelancongan rekreasi mengintegrasikan elemen pendidikan dalam menjamin pengalaman yang berharga kepada pelancong. Dengan mengambil kaedah kualitatif iaitu temu bual bersemuka dengan lima pengurus rekreasi, hasil kajian mendapati elemen pendidikan sudah menjadi bahagian dalam penawaran produk meskipun kurang memahami makna pendidikan dalam pelancongan. Hasil kajian mendapati kelima-lima destinasi menyediakan produk pelancongan yang mempunyai elemen pendidikan dengan memfokuskan pelajar sekolah, institut pengajian tinggi dan pelancong umumnya. Elemen pendidikan dipadu dengan aktiviti umum dan khusus dan mengandungi cirian pendidikan konservasi dan alam sekitar. Bagaimanapun, kekurangan tenaga kerja hadapan yang berpengetahuan khusus dan berbakat adalah cabaran yang perlu mereka tangani. Kajian ini mencadangkan agar satu penanda aras elemen pendidikan rekreasi diwujudkan dalam pembangunan produk pelancongan di Melaka seiring dengan menjayakan matlamat pendidikan sebuah Tapak Warisan Dunia.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 394 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|