View Article |
Hospitaliti dalam pembangunan pelancongan di Indonesia: perspektif psikologi positif
Kiki Rizki Makiya1, Habibah Ahmad2, Hamzah Jusoh3, Amriah Buang4, Noralyanie Nor Azazi5, Sri Winarni Samsir6, Er Ah Choy7.
Dalam bidang pelancongan hospitaliti juga menjadi salah satu komponen penting yang perlu ada pada mana-mana sektor atau perkhidmatan. Industri hospitaliti di Indonesia menawarkan keramahtamahan masyarakat Indonesia sebagai tarikan. Makalah ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana psikologi positif dapat menyumbang kepada sektor hospitaliti dan pelancongan di Indonesia. Berdasarkan dua kes kajian di PT. Aerowisata dan homestay yang ada di Jawa Barat, kajian mendapati kerangka makro telah diaplikasikan dalam menawarkan hospitaliti. Pendekatan psikologi positif pula diaplikasikan di peringkat mikro yang memberikan sikap yang positif dalam menghasilka layanan hospitaliti yang positif. Hasil kajian ini memberikan dimensi psikologi positif berupaya menyumbang kepada hospitaliti orang Indonesia dan suku kaum tertentu sepertia Urang Sunda. Adalah dicadangkan pengkajian ke atas penglibatan suku Urang Sunda diperincikan dalam dimensi psikologi positif kerana banyak cirian dan amalanyang berupaya membentuk pengalaman hospitaliti dalam pelancongan di Indonesia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 406 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|