View Article |
Mengurus pelancongan sempadan Malaysia-Thailand: kesepaduan atau konflik
Habibah Ahmad1, Hamzah Jusoh2, Er Ah Choy3, Amriah Buang4, Sivapalan Selvadurai5, Nur Farahin Zainuddin6, Mohd Kamarulnizam Abdullah7, Sri Winarni Samsir8.
Pelancongan sempadan semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak pemegang taruh dalam arena pengurusan sempadan antarabangsa. Sempadan Malaysia-Thailand, yang merangkumi kawasan Padang Besar/ Perlis-Padang Besar/ Wilayah Songkhla sehinggalah ke Rantau Panjang/ Kelantan-Daerah Sungai Kolok/ Wilayah Narathiwat memiliki pelbagai tarikan dan produk pelancongan seperti bandar membeli-belah sempadan yang teratur dengan tarikan premis berskala kecil dan perkhidmatan pelancongan yang informal. Pelancongan sempadan juga dilengkapi dengan struktur pembekal pelancongan yang kompleks, yang menimbulkan konflik antara keperluan dan minat pelancong. Keadaan ini telah merumitkan pembentukan imej pelancongan sempadan, dan memberikan cabaran yang besar kepada perlaksanaan pengurusan pelancongan sempadan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kesepaduan dan konflik yang wujud dalam isu-isu pelancongan sempadan MalaysiaThailand. Berdasarkan kajian awal yang menggunakan gabungan data sekunder dan primer daripada kajian lapangan, dalam tempoh Disember 2012 hingga April 2013, kajian ini mendapati salah satu isu konflik adalah imej pelancongan sempadan yang tidak jelas yang dikongsi bersama pembekal pelancongan serta kurangnya pemahaman pelancongan sempadan dalam kalangan pihak yang berkepentingan. Sementara isu kesepaduan pula melibatkan hubungan sosial dan budaya serta penempatan komuniti sempadan. Beberapa cadangan bagi menguruskan pelancongan sempadan yang merentasi isu-isu kesepaduan dan konflik telah disimpulkan di dalam kertas kerja ini.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 413 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|