View Article |
Analisis faktor kepuasan pelancong terhadap tarikan pelancongan warisan di Melaka
Er, A.C1, Habibah Ahmad2, Nurul Farahana Mohamed Idris3, Hamzah Jusoh4, Zaimah Ramli5, Sarmila Md Sum6, Amriah Buang7, Nadiah Hanani Abdul Jalil8, Nurain Sahazali9.
Kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong terhadap pelancongan warisan di Melaka. Analisis faktor telah dilakukan ke atas 49 pembolehubah untuk mengenal pasti dan mengketegorikan item item subfaktor mengikut faktor utama seperti keseluruhan perjalanan dan keselamatan, imej destinasi, kebersihan, kemudahan sokongan, kepelbagaian produk dan infrastruktur. Nilai Kaiser-Meyer-Olkin Measure (KMO) menunjukkan nilai 0.784 dan nilai ini sesuai untuk dianalisis faktor kerana nilai lebih daripada 0.5. Analisis faktor digunakan mengenal pasti kolerasi antara faktor. Faktor-faktor yang mempunyai kolerasi yang tinggi diletakkan dalam kategori yang sama mengikut keutamaan. Hasil kajian menunjukkan kombinasi faktor-faktor yang berkolerasi tinggi diletakkan dalam kedudukan teratas berdasarkan kedudukan eigenvalue. Enam faktor ini menunjukkan nilai varian komulatif yang tinggi iaitu 55.77% dan eigenvalue yang besar iaitu lebih daripada 1.0. Nilai Cronbach's Alpha juga tinggi pada tahap α > 0.6 dan signifikan 0.000. Semakin tinggi nilai eigenvalue maka diletakkan dalam faktor 1, seterusnya faktor 2, faktor 3, faktor 4, faktor 5 dan faktor 6.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 418 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|