View Article |
Peranan media sosial Tripadvisor dalam mempromosikan tapak warisan dunia Melaka
Habibah Ahmad1, Nur Farahin Zainuddin2, Hamzah Jusoh3, Amriah Buang4, Er Ah Choy5, Sri Winarni Samsir6, Hazita Azman7, Mastura Mahmud8.
Kajian ini dilakukan bagi menganalisis peranan media sosial terutamanya pengguna TripAdvisor dalam memberikan komentar dan E-Wom, bagi tujuan mempromosikan Tapak Warisan Dunia Melaka. Berasaskan analisis kandungan ke atas 986 pengguna online, hasil kajian mendapati bahawa mereka telah menyumbang dalam mempromosikan aTapak Warisan Dunia Melaka dalam beberapa aspek. Para penulis online telah mempromosikan cirian warisan yang terdapat di sesebuah hotel dan juga pelancongan warisan secara menyeluruh. Di peringkat mikro iaitu di peringkat hotel, promosi terfokus kepada bangunan, landskap, makanan atau gastronomi dan bilik. Di peringkat makro – pelancongan warisan, tarikan utama yang berada dalam lokaliti hotel di mana mereka menginap diberikan promosi yang berkesan. E-wom daripada pengguna online bagaimanapun mempunyai hubungan korelasi dengan kualiti penginapan yang diingini oleh para penulis online. Kajian ini menyarankan agar komentar pengguna atas talian menjadi mekanisme yang kukuh dalam mempromosikan pelancongan warisan Melaka dan bandar warisan yang lain.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 449 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|