View Article |
Tahap penglibatan penduduk dalam pembangunan pelancongan Putrajaya
Nur Atiqah Kamarus Zaman1, Habibah Ahmad2, Nur Amirah Kamarus Zaman3, Er Ah Choy4, Hamzah Jusoh5, Zaini Sakawi6, Amriah Buang7.
Penglibatan penduduk merupakan salah satu elemen penting dalam pembangunan pelancongan sesebuah destinasi. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penglibatan penduduk yang tinggal di Putrajaya dalam pembangunan pelancongan sama ada mereka telah mendapat faedah atau sebaliknya. Penglibatan penduduk dalam kajian ini dinilai dalam beberapa aspek iaitu dari segi tahap penggunaan penduduk terhadap produk dan kemudahan pelancongan, penglibatan penduduk selaku tuan rumah dalam aktiviti pelancongan dan penglibatan penduduk dalam keusahawanan pelancongan di Putrajaya. Satu kaji selidik ke atas 200 penduduk Putrajaya telah dijalankan di beberapa lokasi tumpuan penduduk seperti di kawasan perumahan pusat komuniti, medan selera, taman-taman dan kedai runcit. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan penduduk dalam aktiviti pelancongan adalah sederhana walaupun tahap sokongan adalah tinggi. Dengan usaha yang lebih bersepadu dan inklusif, Putrajaya akan menjadi salah satu contoh untuk mempromosi penglibatan penduduk bandar dalam aktiviti pelancongan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 438 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|