View Article |
Transformasi medan pasar sebagai ikonik pelancongan warisan: dimensi keperluan pengunjung dan tuntutan peniaga
Hamzah Jusoh1, Habibah Ahmad2, Amriah Buang3, Lelawati Ismail4, Choy, Er Ah5, Muhammad Saiful Nizam Aduluan6, Siti Nor Safiza Safiei7, Nor Ghani Mohd Nor8.
Transformasi kawasan Medan Pasar sebagai sebuah pusat ikonik warisan adalah bertujuan untuk menjadikan kawasan ini sebagai salah satu tarikan pelancongan di Greater Kuala Lumpur dan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meneliti dimensi keperluan pengunjung dan tuntutan peniaga dalam proses ini. Dengan kata lain, apakah kemudahan sedia ada memenuhi kehendak kedua-dua pihak, dan apakah langkah- langkah pihak berkepentingan seiring dengan rancangan untuk mentranformasikan Medan Pasar sebagai pusat pelancongan warisan. Kajian ini menggunakan gabungan data daripada kaji selidik ke atas 150 orang responden iaitu peniaga dan pengunjung, pengamatan di tapak dan temuramah dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Hasil kajian mendapati Medan Pasar dan kawasan sekitarnya mempunyai kualiti perkhidmatannya tersendiri yang boleh ditransformasikan sebagai sebuah kawasan tarikan pelancongan warisan. Para pengunjung dan peniaga menyuarakan keperluan mereka seiring dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak DBKL dalam perancangan Greater Kuala Lumpur bagi EPP 7: Iconic Places iaitu salah satu bidang Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) bagi menaiktaraf kawasan Medan Pasar dan kawasan sekitarnya. Kesimpulannya, Medan Pasar mampu ditranformasikan sebagai salah satu tempat ikonik pelancongan warisan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 417 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|