Hukum solat jumaat yang kurang jemaahnya 40 orang: Amalan di Malaysia
KAMARULZAMAN BIN HJ.MUSTAPPA1, SARIP BIN ADUL2.
Kertas ini akan membincangkan mengenai syarat bilangan jemaah dalam solat Jumaat, adakah sah hukum mendirikan solat Jumaat tanpa cukup bilangan 40 orang atau tidak sah hukumnya. Ini kerana situasi yang berlaku di masa kini, masih terdapat di kawasan-kawasan terpencil seperti kawasan penduduk orang asli muallaf dan kawasan pedalaman yang lain tidak mendirikan solat Jumaat hampir bertahun-tahun atas sebab tidak cukup bilangan jemaah. Beberapa hujah dan dalil serta pandangan empat Mazhab diutarakan sebagai memberi penjelasan dari sudut pandangan hukum ke atas status jemaah solat Jumaat yang kurang bilangannya 40 orang. Maka kertas ini cuba memberi pertimbangan antara status hukum dan kuasa pemerintah yang mengikat sesebuah masjid samada membenarkan untuk mendirikan solat Jumaat atau tidak. (Disalin daripadaartikel)
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
Download this article (This article has been downloaded 1515 time(s))