Keindahan gaya bahasa Al-Quran: suatu tinjauan Isti'arah dalam juzuk kedua
Roslan Ab Rahman1, Hashim Mat Zin2, Md Nor Abdullah3, Hasan Al-Banna Mohamed4.
Gaya bahasa atau Uslub yang sesuai dalam sesuatu ungkapan akan memainkan peranan dalam menyampaikan sesuatu mesej dengan berkesan seperti yang terkandung dalam ayat al-Quran. Antara gaya bahasa al-Quran yang menjadi fokus kajian ini adalah Isti‘arah yang menjadi satu daripada komponen ilmu Bayan dalam Balaghah Arab dan ia adalah salah satu cabang ilmu yang menyumbang kepada kemukjizatan al-Quran dalam konteks gaya bahasa. Isti‘arah juga merupakan suatu unsur perbandingan yang tinggi nilainya dan boleh menawan hati, jiwa dan pemikiran manusia. Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyelidiki makna tersirat pada kalimah al-Quran melalui gaya bahasa Isti‘arah di samping menyingkap kembali pandangan ulama’ Balaghah silam yang agak kurang didedahkan agar ilmu mereka sentiasa dimanfaatkan generasi kini. Melalui Isti‘arah, segala kalimah Majaz yang berkaitan dapat dihayati maksudnya walaupun pada hakikatnya ia memerlukan kepada daya imaginasi yang tinggi dan pemikiran yang mendalam untuk memahaminya. Bagi mencapai tujuan tersebut proses menganalisis dilakukan terhadap data-data perpustakaan bagi sembilan ayat yang terlibat dalam juzuk kedua daripada al-Quran. Hasil kajian ini mendapati bahawa Balaghah Isti‘arah memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu mesej ayat al-Quran itu dapat disampaikan dengan lebih bermakna dan berkesan. Justeru, kedudukan gaya bahasa Isti‘arah khasnya dan Balaghah al-Quran amnya adalah sebahagian daripada I‘jaz al-Quran dan terbukti tidak mampu ditandingi oleh manusia dan apa yang penting adalah ia juga sewajarnya dipelajari oleh setiap muslim selain pelajar dalam jurusan agama dan bahasa Arab.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 363 time(s))