Perbahasan mengenai sifat-sifat Allah SWT: analisis pemikiran Tuan Minal
Faizuri Abdul Latif1, Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid2.
Tuan Minal merupakan seorang tokoh ulama Melayu dan pengarang aktif dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Nama beliau berada sebaris dengan tokoh-tokoh ulama Melayu abad ke-19. Beliau dilahirkan di Kampung Bendang Badang, Patani dan meninggal dunia dalam lingkungan tahun 1913M di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Tuan Minal bukan sahaja pengarang kitab-kitab agama, malah menghasilkan karya dalam pelbagai genre ilmu termasuk sastera dan ilmu pengetahuan lain. Artikel ini akan membincangkan pemikiran Tuan Minal berkaitan sifat-sifat Allah melalui kitab akidah karangan beliau terutamanya kitab Aqidah al-Najin. Terdahulu pada itu akan dibincangkan perkembangan perbahasan sifat Allah SWT dalam sejarah pemikiran Islam. Penelitian mendapati bahawa beliau sepertimana ulama Melayu lain menjadi penyokong kuat kepada aliran pemikiran al-Asyairah yang merupakan tunjang akidah umat Islam di sebelah Asia Tenggara. Kitab akidah beliau bertajuk Aqidah al-Najin menjadi bukti keutuhan pemikiran al-Asyairah dalam kerangka pemikiran ulama Melayu buat sekian lama.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 17557 time(s))