View Article |
Hubungan kepemimpinan etika, komitmen afektif, penglibatan kerja dan sokongan organisasi
Tang Keow Ngang1, Tengku Ahmad Badrul Raja Hussin2.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepemimpinan etika ketua jabatan terhadap komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah serta mengenal pasti peranan sokongan organisasi sebagai mediator dalam hubungan antara variabel. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu tinjauan dan dilaksanakan secara keratan rentas dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 306 orang pensyarah dari lima buah politeknik Malaysia berdasarkan pecahan zon secara geografi dipilih sebagai responden kajian dengan kaedah persampelan pelbagai peringkat. Data diperoleh melalui soal selidik dwibahasa yang dibahagi kepada lima bahagian iaitu demografi responden, kepemimpinan etika, sokongan organisasi, komitmen afektif dan penglibatan kerja. Dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan etika merupakan peramal yang signifikan terhadap sokongan organisasi, komitmen afektif dan penglibatan kerja. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kepemimpinan etika, sokongan organisasi dan penglibatan kerja berada pada tahap sederhana manakala komitmen afektif adalah pada tahap tinggi. Ujian kesan pengantaraan mendapati sokongan organisasi berfungsi sebagai mediator yang kuat antara kepemimpinan etika dengan penglibatan kerja manakala sokongan organisasi berfungsi sebagai separa mediator dalam hubungan antara kepemimpinan etika dengan komitmen afektif. Hasil kajian ini berjaya mengetengahkan satu model bagi menghubungkaitkan kepemimpinan etika dan sokongan organisasi untuk meningkatkan komitmen afektif dan penglibatan kerja.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Politeknik Ungku Omar, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 649 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus (SCImago Journal Rankings 2016) |
Impact Factor
|
- |
Rank |
Q3 (Cultural Studies) Q3 (History) Q4 (Sociology and Political Science) |
Additional Information |
0.105 (SJR) |
|
|
|