View Article |
Program pembasmian kemiskinan: pengaruh pengetahuan dan tanggapan ke atas penglibatan komuniti rumah panjang
Kwok, Chin Hoe1, Haris Abdul Wahab2.
Di Malaysia, isu kemiskinan mula mendapatkan perhatian serius daripada pihak pemerintah dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini membayangkan bahawa wujudnya pelbagai masalah terutamanya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Maka dengan itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970 dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) yang melibatkan tempoh rancangan selama dua puluh tahun (1971-1990). Pelaksanaan rangka rancangan ini menekankan serampang dua mata iaitu untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula komuniti di negara ini (Chamhuri 1988). Setelah tempoh pelaksanaan DEB tamat, usaha pembasmian kemiskinan secara tersusun dan komprehensif ini diteruskan dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) 2001-2010. Natijahnya, kadar kemiskinan di Malaysia telah menurun dengan ketara sejak tahun 1970. Pada tahun 1970 kadar kemiskinan di Malaysia ialah sebanyak 50 peratus. Pada tahun 2005, kadar kemiskinan di Malaysia ialah sebanyak 5.7 peratus (Abdul Rahman 2007). Manakala pada tahun 2009, kadar kemiskinan di Malaysia terus berkurangan kepada 3.8 peratus. (Copied from article).
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 452 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|