View Article |
Diaspora Rohingya di Malaysia: pengekalan identiti dan survival masyarakat minoriti
Azlinariah Abdullah1.
Tulisan ini membincangkan mengenai kedudukan serta kehadiran masyarakat Rohingya ke Malaysia yang dilihat sebagai satu cara untuk memastikan pengekalan identiti dan survival mereka terus terjamin. Selain Bangladesh, di mana masyarakat Rohingya hidup diaspora secara majoriti berbanding negara lain, Malaysia turut menerima kehadiran Rohingya dalam jumlah yang besar. Untuk menyiapkan kajian ini, pendekatan berbentuk temu bual telah dilakukan. Kaedah sejarah lisan (oral history) turut digunakan bagi memperoleh maklumat yang lebih jelas. Untuk tujuan itu, seramai 15 warga Rohingya yang kebanyakannya tinggal di Selayang ditemu bual untuk mencungkil rahsia kedatangan mereka ke Malaysia dan kehidupan serta permasalahan selain harapan mereka kepada kehidupan sementara yang mereka jalani di sini.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 494 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|