View Article |
Perang Badar dan Uhud: Satu analisis strategi peperangan dan pertahanan Nabi Muhammad SAW
Ahmad Azan Ridzuan1, Mohd Juraimy Hj Kadir2, Hasan Al-Banna Mohamed3, Aman Daima Md Zain4, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani5.
Kajian ini bertujuan menganalisis strategi peperangan dan pertahanan dalam peperangan Badar dan Uhud yang dipimpin dan dirancang sendiri oleh Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan keadilan dan hak asasi kemanusiaan serta menyebarkan syiar Islam. Perancangan Baginda SAW yang teliti dan teratur telah menghasilkan satu jentera perang walaupun kecil tetapi seimbang dan berupaya menghadapi musuh. Strategi berkesan yang digunakan telah memerangkap pihak musuh dalam keadaan yang tidak dijangkakan. Setiap perancangan dan pelancaran operasi ketenteraan telah dipimpin oleh Baginda SAW sendiri. Di bawah kepimpinan Baginda SAW, tentera-tentera Islam telah dididik dan dilatih dengan peraturan moral, keimanan yang teguh bagi menghidupkan keyakinan dalam hati serta mempersiapkan aspek psikologi dan jasmani. Hasil strategi peperangan dan pertahanan yang berlandaskan kepada Al-Quran dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW telah menjamin kejayaan tentera Islam. Baginda SAW sangat berlaku adil terhadap tentera pimpinannya, iaitu setiap tindakan ketenteraan yang diambil adalah hasil perbincangan dan rundingan yang dibuat dengan para sahabat. Berdasarkan kebijaksanaan dan kepintaran Baginda SAW, satu undang-undang dan peraturan peperangan telah berjaya dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW yang bermatlamatkan keadilan dan tiada penindasan terhadap mangsa serta tawanan perang. Apabila Allah SWT telah membenarkan peperangan, pelbagai prinsip dan strategi telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui konsep peperangan pada zaman Baginda SAW. Konsep tersebut telah mengikut lunas-lunas perundangan, perikemanusiaan dan bukannya bersifatkan hasad dengki, balas dendam, angkuh dan sombong dengan kemampuan serta kebolehan yang dimiliki. Oleh itu, artikel ini bertujuan menganalisis secara am berkaitan dengan strategi peperangan dan pertahanan, teknik serta taktik dan lain-lain faktor yang diguna pakai sehingga membawa kejayaan yang cemerlang dan menjadi ikutan oleh kebanyakan pemimpin tentera masa kini. Kegemilangan zaman kebangkitan tentera Islam akan kembali menyinar sekiranya umat Islam menghayati dan mengambil pengajaran khususnya strategi peperangan Nabi Muhammad SAW. (Disalin daripada artikel)
Affiliation:
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 255 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2018) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
25/30,Q4(Sciences ) 47/54,Q4(Social Sciences) 18/20,Q4(Arts & Humanities)
|
|
|
|