Profil penyertaan dalam pendidikan non-formal di masjid: implikasi terhadap pembangunan modal insan belia
Adanan Mat Junoh1, Zulkiple Abd Ghani2, Mohd Rushdan Mohd Jailani3, Khairunnezam Mohd Noor4.
Agenda Pembangunan Modal Insan merupakan satu daripada fokus kerajaan yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan Rancangan Malaysia Ke-10. Inisiatif murni kerajaan ini bertitik tolak daripada keyakinan bahawa modal insan adalah aset yang kritikal dalam menentukan kejayaan dan pembangunan sesebuah negara. Dalam masa yang sama, agenda pembangunan modal insan dalam kalangan belia turut diberikan penekanan khusus oleh para pemimpin negara atas dasar bahawa golongan inilah yang akan menjadi pelapis pentadbiran negara pada masa hadapan. Maka beberapa strategi pembangunan modal insan dalam kalangan belia telah dilaksanakan melalui spektrum pendidikan termasuklah pendidikan formal, non-formal dan informal. Artikel ini menerangkan mengenai profil belia dan penyertaan mereka dalam aktiviti pendidikan non-formal yang dianjurkan masjid berdasarkan dapatan kajian dalam kalangan 971 responden. Dapatan kajian mendapati bahawa belia menunjukkan minat walau pun dalam tahap sederhana dalam aktiviti yang dianjurkan oleh masjid. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa sebab utama penglibatan belia dalam aktiviti pendidikan non-formal adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Begitu pun, faktor institusi merupakan faktor paling terkesan dalam menghalang penyertaan belia. Agama dan keluarga adalah dua keperluan penting yang diharapkan oleh belia melalui pendidikan nonformal. Hasil kajian ini merumuskan bahawa masjid ad lah institusi sosial yang signifikan dan berpotensi menjadi pusat pembangunan modal insan dalam kalangan belia di negara ini. Maka, institusi masjid perlulah ditadbir dengan lebih cekap melalui program dan infrastruktur yang mantap untuk menarik minat lebih penyertaan dalam kalangan belia terhadap aktiviti pembelajaran non-formal di masjid.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 318 time(s))