Analisis kontrastif hubungan kata kerja transitif dan objek dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
Kamarul Shukri Mat Teh1.
Pengetahuan dan pengalarnan bahasa pertama sering digunakan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing/kedua. Perbezaan dan persamaan kedua-dua bahasa ibunda dan sasaran memberi implikasi positif dan negatif terhadap pembelajaran bahasa asing/kedua. Artikel ini memerihalkan suatu analisis kontrastif terhadap hubungan kata kerja transitif dan objek dalam bahasa Arab dan Melayu. Struktur dan elemen bagi aspek tatabahasa dalam kedua-dua bahasa tersebut telah dikaji. Analisis kontrastif menunjukkan terdapat beberapa persamaan seperti kata kerja bahasa Arab dan Melayu boleh ditransitifkan melalui penambahan imbuhan; kata kerja transitif yang melampaui kepada dua objek dalam bahasa Arab dan Melayu memerlukan kepada objek tepat dan objek sipi; dan objek di dalam frasa kerja aktif asalnya terletak di akhir ayat. Antara perbezaan yang dikenal pasti adalah pentransitifan kata kerja bahasa Arab kebiasaannya menerima imbuhan awalan atau dalaman sedangkan kata kerja bahasa Melayu menerima imbuhan awalan sahaja, atau awalan dan akhiran sekali gus; kata kerja transitifbahasa Arab boleh melampaui kepada tiga objek dan is tidak berlaku dalam bahasa Melayu; dan alamat i'rab dalam bahasa Arab memainkan peranan penting untuk membezakan objek daripada unsur-unsur bahasa yang lain, sedangkan penentuan objek dalam bahasa Melayu dibuat melalui makna perkamusan dan gaga bahasa. Hasil kajian telah membawa kepada implikasi pedagogikal seperti keperluan perkongsian maklumat analisis dengan pelajar, penyusunan bahan pengajaran, dan pengemaskinian kaedah pengajaran berdasarkan keputusan analisis.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 300 time(s))