Kaedah pengajaran merupakan antara elemen penting dalam bidang pendidikan. Ia amat berkait rapat dengan usaha ke arah merealisasikan pendidikan berkualiti dan pengajaran yang berkesan. Makalah ini membincangkan soal jawab sebagai salah satu kaedah pengajaran Abu Anifah. Hal ini diteliti berdasarkan karya dan amalan behalf dalam bidang pengajaran. Makalah ini mendapati bahawa pandangan dan amalan Abfi Anifah berkenaan kaedah soal jawab adalah selaras dengan tradisi Islam yang digagaskan dalam al-Quran, al-Sunnah dan amalan para Sahabat. Kaedah soal jawab ini juga kemudiannya turut dikembangkan oleh para sarjana Islam selepas beliau.