Alkohol dalam makanan: fatwa semasa di rantau Asia Tenggara
Anis Najiha Ahmad1, Tajul Aris Yang2, Norziah Mohd Hani3, Wan Nadiah Wan Abdullah4.
Tanggapan bahawa apa sahaja yang mengandungi alkohol adalah haram disisi Islam menjadikan kehadiran alkohol dalam makanan satu isu kontroversi buat masyarakat Islam. Hal ini kemungkinan berikutan penggunaan perkataan alkohol yang disinonimkan dengan arak, minuman yang dilarang dalam Islam. Kontroversi ini mengukuhkan kepentingan fatwa (berkaitan alkohol) dalam membimbing masyarakat Islam dan pihak industri makanan - untuk mengetahui dan memastikan sesuatu produk atau proses memenuhi piawaian shariah. Justeru, tinjauan ilmiah dijalankan untuk mengumpul dan membincangkan mengenai fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan mengenai isu alkohol (arak dan etanol) dalam produk halal seperti yang dikeluarkan oleh institusi fatwa Asia Tenggara yang terpilih iaitu Jabatan Mufti Brunei, Majelis Ulama Indonesia, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Fatwa Singapura. Tinjauan mendapati bahawa walaupun penggunaan arak dalam apa bentuk atau cara dilarang oleh majoriti ulama, setiap majlis fatwa Asia Tenggara mempunyai pendapat dan polisi yang sedikit berlainan mengenai status, aplikasi dan had etanol yang dibenarkan dalam makanan dan minuman halal.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 283 time(s))