Kredibiliti Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Sakhawi (M902h/1496 M) sebagai sejarawan
Mohd Akmal Sidik1, Noorzahidah Mohd Zain2, Nang Naemah Nik Dahalan3.
Artikel ini memfokuskan kredibiliti Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Sakhawi (m.902 H/1496 M) sebagai seorang sejarawan dengan menganalisis metode beliau dalam penulisan karya-karya sejarah. Penilaian terhadap kredibiliti seseorang sejarawan Muslim mengambil kira beberapa kriteria utama seperti latar belakang, penggunaan sumber dan analisis terhadap sumber. Metode penilaian tersebut akan diguna pakai dalam menilai kredibiliti al-Sakhawi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Sakhawi menepati ciri-ciri penulis sejarah yang berkredibiliti kerana beliau mempunyai latar belakang yang kukuh sebagai sejarawan. Beliau juga menggunakan sumber-sumber sejarah yang tepat dan menunjukkan daya analisis yang jitu.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 242 time(s))