Qissah qur’aniyyah dalam surah al-Kahf menyerlahkan pengajaran (‘ibrah) dan fadilat surah
Mohd Shahrizal Nasir1, Nurazan Mohmad Rouyan2.
Qissah qur’aniyyah merupakan salah satu bentuk penyampaian yang terdapat dalam al-Quran bagi menjelaskan isi kandungannya. Bentuk ini mempunyai ciri-ciri yang amat istimewa dan ia tidak boleh disamakan dengan seni “cerita” dalam bidang kesusasteraan. Ia membawa makna yang sarat dengan pengajaran bagi manfaat umat manusia jika mereka berfikir mengenai kewujudannya. Oleh itu, pengajaran yang terdapat dalam qissah qur’aniyyah menjadi tujuan utama ia dimanfaatkan dalam al-Quran. Qissah qur’aniyyah ini dilihat tidak bersifat rinci, tetapi kekal membawa pengajaran yang jelas bagi ayat al-Quran. Surah al-Kahf merupakan surah al-Quran yang mengandungi empat qissah qur’aniyyah utama iaitu qissah pemuda Ashab al-Kahf, pemilik dua buah kebun, nabi Musa dan Khidir dan Dhu al-Qarnayn. Di samping itu, banyak hadis yang menganjurkan bacaan surah al-Kahf pada setiap hari Jumaat, seterusnya menjadi petunjuk bahawa isi kandungannya membawa banyak pengajaran yang amat baik. Makalah ini berusaha menganalisis qissah qur’aniyyah yang terdapat dalam surah al-Kahf serta mengenal pasti fungsinya dalam membawa pengajaran kepada pembaca al-Quran. Untuk itu, kaedah analisis teks akan digunakan dengan panduan beberapa buah kitab tafsir dan hadis berautoriti. Makalah mendapati bahawa pengajaran daripada qissah qur’aniyyah yang terkandung dalam surah al-Kahf merupakan antara sebab ia menjadi surah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk dibaca pada setiap hari Jumaat.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 291 time(s))