View Article |
Aliran mengundi kaum India dalam Pilihan Raya Umum 2013: suatu analisis
Vellymalay, Suresh Kumar N1.
Artikel ini membincangkan aliran mengundi dan perpecahan undi kaum India kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Aliran mengundi kaum India dipengaruhi oleh lokasi sosial kaum India, struktur kelas dan pertambahan pengundi baharu. Di kawasan-kawasan yang mempunyai 10% atau lebih pengundi India bagi kerusi
Parlimen, kemenangan lebih berpihak kepada PR berbanding BN. Hal ini bermakna ramai pengundi India telah mengundi untuk calon PR berbanding BN. Terdapat pelbagai faktor lain yang menentukan perpecahan undi kaum India dalam PRU13. Artikel ini menerangkan beberapa faktor yang telah mendorong kaum India untuk mengundi PR; antaranya adalah peminggiran kaum India
dalam pembangunan negara, implikasi perjuangan Hindu Rights Action Force (HINDRAF), isu Zulkifli Noordin, kekurangan perwakilan bagi kaum India dalam kerajaan, strategi Malaysian Indian Congress (MIC) dalam kempen pilihan raya, perjuangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), peranan media sosial dan keyakinan rakyat pada PR. Walau bagaimanapun, sokongan kaum India kepada BN dalam pilihan raya ini telah meningkat berbanding PRU12. Bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kepada kaum India melalui Program Transformasi Nasional meningkatkan keyakinan golongan ini terhadap kerajaan BN. Faktor-faktor seperti usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah dokumentasi kaum India, perpecahan dalam kalangan pemimpin-pemimpin HINDRAF dan saranan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk mengamalkan hukum hudud jika PR menang turut meningkatkan sokongan kaum India kepada BN. Sama ada pengundi India akan terus kembali kepada kedudukan mereka selaku "deposit tetap" kepada Barisan Nasional seperti sedia kala atau beralih kepada PR pada masa hadapan adalah bergantung kepada usaha BN merealisasikan keperluan dan harapan komuniti ini.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 361 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus (SCImago Journal Rankings 2016) |
Impact Factor
|
- |
Rank |
Q3 (Cultural Studies) Q3 (History) Q4 (Sociology and Political Science) |
Additional Information |
0.105 (SJR) |
|
|
|