. MyJurnal - Malaysia Citation Centre
      Browse By Title


      Browse By Subject
 
 

      Statistics
  Latest Uploads
  Most Viewed Articles
  Most Downloaded Articles
  Most Viewed Journals

      Articles uploaded in MyJurnal

Administrator Login

Al-Sirat


Kindly contact MCC if you forgot your password.
Home > View Journal
      View Journal

Al-Sirat

OVERVIEW:

Discipline(s) / Subdiscipline(s):

     1. Arts & Humanities
         - History
         - Languages & linguistics
         - Literature
         - Philosophy
         - Religion

Print ISSN: 1823-4313
Publisher: JABATAN PENERBITAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (BPI), KUIPSAS
Publication type: Print & Electronic
Publication frequency: 1 time(s) per year
Journal Website: https://www.kuipsas.edu.my/jurnal/

Contact Info

Editor-in-Chief
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
Km 8, Jalan Gambang 25150
Kuantan Pahang Darul Makmur
MALAYSIA

Jurnal Al-Sirat diterbitkan pada bulan Oktober setiap tahun (satu isu setahun). Al-Sirat menerbitkan artikel-artikel dalam bidang pengajian Islam dan bidang-bidang yang berkaitan pengajian Islam. Al-Sirat berperanan sebagai platform kepada para penyelidik bidang-bidang yang berkaitan pengajian Islam untuk menerbitkan artikel mereka sama ada penyelidik dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah mahupun institusi luar.

EDITORIAL INFORMATION:

Editor-in-Chief

Maslina binti Mohamed

Editorial Board

  • Dr. Rosli bin Omar
  • Dr.Ahmad Effat bin Mohktar
  • Dr. Asmadi bin Abdul Rahman
  • Dr. Mohamad Zulfakhairi bin Mokthar
  • Norillah binti Abdullah Hassim
  • Mohd Jaffri bin Abdul Rani
  • Mohd Saifuddin bin Abdul Karim
  • Haizuran bin Mohd Jani
  • Muhammad Fairuz bin Ali
  • Norfadelah binti Nordin
  • Shuhada binti Mustafa Hilmi
  • Roszalina binti Abdul Rahim
  • Nor Fatiha binti Abdul Halim

SUBMISSION GUIDELINES:

File:

GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL JURNAL AL-SIRAT KOLEJ UNVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KUIPSAS)

1. SYARAT-SYARAT

1.1 Artikel yang hendak disumbangkan mestilah mematuhi syarat-syarat berikut:

a. Manuskrip yang dihantar untuk diterbitkan dalam jurnal mestilah karya asli dan tidak pernah diterbitkan atau diterima untuk penerbitan oleh mana-mana jurnal lain.

b. Manuskrip hendaklah disusun mengikut urutan yang berikut:
- Tajuk
- Nama penulis
- Abstrak
- Kata kunci
- Teks
- Rujukan
- Alamat, nombor telefon dan jawatan penulis semasa menghantar penulisan.

c. Sistem Transliterasi yang digunakan dalam penulisan perlu bersesuaian.

2. FORMAT PENULISAN

2.1 Artikel boleh ditulis di dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

2.2 Panjang artikel di antara 3,000-5,000 patah perkataan atau 10-20 halaman.

2.3 Artikel hendaklah ditulis dengan berpandukan format berikut:

- Program : Microsoft Word
- Jenis fon (Rumi) : Times New Roman
- Saiz fon (Rumi) : 12
- Jarak baris teks : 1.15
- Saiz fon nota kaki (Rumi) : 10
- Jenis fon (Arab/Jawi : Traditional Arabic
- Saiz fon (Arab/Jawi) : 18
- Saiz Fon nota kaki (Arab/Jawi) : 14
- Jarak baris nota kaki dan petikan : 1.0

2.4 Rujukan dalam teks dan bibliografi hendaklah mengikut format sistem penulisan APA (American Physiological Association) edisi terkini.

2.5 Format Tajuk artikel hendaklah ringkas dan padat. Di bawah tajuk diletakkan:

- nama penuh penulis (rujuk template penulisan artikel)

2.6 Setiap artikel yang ditulis mestilah disertakan dengan abstrak yang ditulis antara 150-200 patah perkataan (sama ada bahasa melayu atau bahasa Inggeris) yang mengandungi empat elemen berikut iaitu objektif artikel, metodologi kajian, hasil utama kajian dan kesimpulan. Abstrak hendaklah ditulis dengan menggunakan format (Italic, size 11 dan Justified) dan menulis tiga hingga lima perkataan kata kunci selepas abstrak menggunakan format (Normal, Size 11 dan Justified).

2.7 Artikel yang dihantar perlu dibuat dalam salinan lembut (softcopy) dan di hantar melalui email kepada Ketua Editor seperti alamat di bawah.

2.8 Artikel hendaklah disertakan dengan satu lampiran yang mempunyai nama penuh, alamat surat-menyurat, email, nombor telefon pejabat dan telefon bimbit penulis.

2.9 Tarikh akhir penghantaran pada atau sebelum 2 Februari 2019.

2.10 Artikel yang berjaya akan diberi surat penghargaan dan dua (2) naskhah Jurnal al-Sirat bil. 17.

3. PENYERAHAN ARTIKEL

3.1 Artikel-artikel yang hendak disumbangkan hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy kepada:

Emel: maslina@kuipsas.edu.my
  Journal Coverage



  Indexation
Indexed by MyJurnal (2018)
H-Index 0
Immediacy Index 0.000
Rank 0

  Other journals
International Journal of Property Sciences
JUMMEC
Journal of Surveying, Construction and Property
SARJANA
SEJARAH : Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya
Jurnal Pengajian Media Malaysia