View Journal |
KANUN : Jurnal Undang-Undang Malaysia |
OVERVIEW:
Discipline(s) / Subdiscipline(s):
1. Social Sciences - Law
Print ISSN: 0128-2670 Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka Publication type: Print Publication frequency: 2 time(s) per year Journal Website: http://jurnalkanun.dbp.my/
PENGHANTARAN ARTIKEL
Hantarkan artikel anda kepada:
Editor Pengurus,
Jurnal Kanun,
Bahagian Majalah, Tingkat 20,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur
E-mel: razali3@dbp.gov.my/ zaiton6@dbp.gov.my
Telefon: 03-21479242/ 03-21479257Tel: 03-2147 9257
Faks: 03-2147 9617
Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia jurnal berwasit yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai. Pendapat yang dikemukakan dalam jurnal ini merupakan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sidang Editor atau Dewan Bahasa dan Pustaka. Segala sumbangan yang dikirimkan, sama ada disiarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Sidang Editor juga tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan tulisan atau karya yang dikirimkan melalui pos. Setiap artikel yang dihantar untuk jurnal ini akan dinilai secara double blind review.
Jurnal ini mula diterbitkan pada Disember 1989. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia mengambil namanya daripada judul sebuah karya undang-undang dalam masyarakat Melayu tradisional. Tradisi dan konsep perundangan bermula sejak zaman-berzaman di tengah-tengah masyarakat Melayu dan dimanifestasikan dalam bentuk kumpulan adat perpatih, adat temenggung atau terjemahan ajaran Islam. Walaupun dari segi konsep dan definisi karya undang-undang Melayu lama lebih mendekati hasil sastera daripada undang-undang, di dalamnya termuat hukum-hakam, adat peraturan serta tatacara kehidupan yang sesuai dengan masyarakat semasa. Salah sebuah penghasilan terpenting dalam bentuk ini ialah Hukum Kanun Melaka yang dianggap salah sebuah karya undang-undang tertua. Di dalamnya termuat segala adat dan pantang larang diraja, tanggungjawab pegawai kerajaan serta hukuman atas pelbagai kesalahan. Dengan mengambil tradisi dan semangat karya undang-undang zaman silam inilah maka jurnal ini diberi nama Kanun.
|
|
 |
EDITORIAL INFORMATION:
Editorial Board
LEMBAGA EDITORIAL
- Prof. Dr. Kamal Halili Hassan (Universiti Kebangsaan Malaysia)
- Prof. Dato' Noor Aziah Mohd. Awal (Universiti Kebangsaan Malaysia)
- Prof. Dr. Farid Sufian Shuaib (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
- Prof. Dr. Haji Abdul Samat Musa (Universiti Sains Islam Malaysia)
- Prof. Madya Dr. Ruzman Mohd Noor (Universiti Malaya)
SIDANG EDITOR
Editor Pengurus
Haji Razali Che Mat (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Timbalan Editor Pengurus
Nurul Julia Alani Henry (nurjulia@dbp.gov.my) (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Editor
Zaiton Darois (Dewan Bahasa dan Pustaka)
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Pengerusi Lembaga Pengelola
Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Ketua Pengarah
Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Dato' Hajah Padilah Haji Ali
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Kamarul Zaman Shaharudin
Pengarah Penerbitan
Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi
SUBMISSION GUIDELINES:
File:
PANDUAN PENGHANTARAN MAKALAH
SKOP
- Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian undang-undang terkini yang dilaksanakan ahli akademik dari dalam dan luar negara. Makalah akan melalui proses penilaian dan hanya yang terpilih yang akan disiarkan.
FORMAT JURNAL KANUN
Maklumat penyumbang
- Judul makalah.
- Nama penyumbang.
- Alamat penyumbang.
- Maklumat institusi.
- Emel untuk dihubungi.
Teks
- Makalah yang dihantar mestilah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
- Jumlah perkataan makalah antara 4000 – 8000 patah perkataan termasuk abstrak, kata kunci, nota kaki, rujukan, jadual, rajah, lampiran dan rujukan
- Judul makalah disertakan dalam teks penuh berserta abstrak pada halaman pertama teks.
- Teks makalah menggunakan fon Times New Roman bersaiz 12 poin dan langkau dua baris.
- Setiap perenggan diinden dengan tab.
- Gunakan tiga peringkat tajuk (maksimum) dalam pembahagian wacana.
- Bagi makalah yang mengandungi ejaan yang tidak dapat dibaca menerusi Microsoft Word contohnya ejaan Jawi atau ayat al-Quran, mohon disertakan bersama pdfnya.
Abstrak
- Jumlah perkataan abstrak adalah antara 100–150 perkataan.
- Abstrak ini mengemukakan tujuan kajian, metodologi yang digunakan, jenis data, analisis, dapatan, dan kesimpulan ringkas.
- Abstrak hendaklah disediakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berserta kata kunci.
Kata Kunci
- Tidak lebih daripada 10 patah perkataan.
Nota
- Nota seminimum mungkin, dan menggunakan nota kaki.
Rujukan
- Susunan sumber yang dirujuk dalam Rujukan, adalah seperti yang berikut:
Artikel Jurnal:
- Ibrahim Ismail, “Agama Persekutuan: Jurisprudens Islam dalam Pentafsiran Perlembagaan” dlm. KANUN 22:3, hlm. 20, 2003.
Buku:
- Muhammad Jawwa Magniyyah, 1965. Fiqh al-Imam Ja’far al-Sadiq. Jilid 4. Beirut: Dar al-‘Ilm li alMalayin.
Kertas Kerja:
- Nasrul Hisyam Nor Muhamad, 2009. “Pemasukan Syarat ‘Umra dan Ruqba dalam Kontrak Hibah: Satu Analisis Perbandingan”. Kertas Kerja Prosiding Seminar Antarabangsa Penyelidikan dalam Pengajian Islam 2008 (ISRIS’ 08). Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 17-18 Disember.
- Rujukan disusun mengikut abjad. Jika sumber rujukan daripada penulis yang sama dalam satu tahun, bezakan dengan menggunakan a, b dan c.
- Rujukan daripada sumber atau bahan yang berwibawa diutamakan.
Rujukan dalam Teks
- Letakkan nama penulis, diikuti tahun dan halaman, dan diletakkan dalam kurungan.
Hak Cipta
- Penyumbang/penulis memberikan keizinan kepada DBP menerbitkan makalah mereka dalam jurnal DBP dan disiarkan dalam talian.
- Jika penulis ingin menerbitkan semula mana-mana makalah, perlulah dimaklumkan sumber makalah tersebut daripada jurnal Kanun DBP.
|
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|