. MyJurnal - Malaysia Citation Centre
      Browse By Title


      Browse By Subject
 
 

      Statistics
  Latest Uploads
  Most Viewed Articles
  Most Downloaded Articles
  Most Viewed Journals

      Articles uploaded in MyJurnal

Administrator Login

Jauhari


Kindly contact MCC if you forgot your password.
Home > View Journal
      View Journal

Jauhari

OVERVIEW:

Discipline(s) / Subdiscipline(s):

     1. Arts & Humanities
         - Languages & linguistics

     2. Social Sciences
         - Education & educational research
         - Sociology

E-ISSN: 2710-6500
Print ISSN: 2710-6470
Publisher: Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam
Publication type: Print & Electronic
Publication frequency: 1 time(s) per year
Journal Website: http://ipgkpi.moe.edu.my/index.php/research/read/226/Koleksi-Jauhari-2020

Contact Info

Editor-in-Chief
Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Islam
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Beg Berkunci No. 214
Pusat Mel Bandar Baru Bangi
43657, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

HP: 012-3881956
Email: rozitamdnoh@gmail.com

Jurnal Jauhari merupakan jurnal utama IPG Kampus Pendidikan Islam dan pada tahun ini jilid kedua berjaya diterbitkan. Jurnal ini merupakan penjenamaan semula kerana sebelum Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) telah menerbitkan dua buah jurnal secara tahunan iaitu Jurnal Penyelidikan Jilid 18/2018 dan Jurnal Akademik Jilid 8/2018. Oleh kerana beberapa penambahbaikan dibuat, kedua-dua jurnal tersebut disatukan di bawah satu nama baharu iaitu JAUHARI. Jurnal ini menerbitkan artikel kertas konsep, penyelidikan dan perbincangan tentang isu-isu pendidikan.

Jauhari

EDITORIAL INFORMATION:

Editor-in-Chief

Dr Rozita Md. Noh

Editorial Board

Penasihat
  • Dr Abdul Rahman bin Abdullah
    Pengarah,
    Institut Pendidikan Guru,
    Kampus Pendidikan Islam,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Puan Haliza Hamzah
    Timbalan Pengarah,
    Institut Pendidikan Guru,
    Kampus Pendidikan Islam,
    Selangor Darul Ehsan.
Sidang Editor
Pengerusi :
  • Dr Bani Hidayat Mohd. Shafie
    Ketua Jabatan
    Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
    Institut Pendidikan Guru, Kampus
    Pendidikan Islam, Selangor
Editor
  • Dr Jeyagobi Dhamodarem
  • Dr Mohd Huzairi Husain
  • Dr Ali Ahmad Seman
  • Dr. Ismail Raduan
  • Dr Hashimah Hashim
Pewasit
  • Prof. Madya Dr. Kamarul Azmi Jasmi (UITM)
  • Prof. Madya Dr. Norazlina Hj. Mohd. Kiram (UPM)
  • Dr Zaida Nor Zainuddin (UPM)
Pengurus Penerbitan
  • Dr Rozita Md Noh
Grafik
  • Dr Azman Jais
Penerbit
  • Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam
    Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

SUBMISSION GUIDELINES:

File:

Penulis yang hendak menghantar manuskrip perlu memenuhi panduan berikut:
• Format dan gaya penulisan manuskrip yang telah disepakati, selaras dengan panduan Manual APA.
• Abstrak ditulis secara selaras dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut susunan bahasa penulisan dalam manuskrip. Panjang abstrak tidak melebihi 150 patah perkataan dan sekurang-kurangnya tiga hingga lima kata kunci disenaraikan di bawah abstrak bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
• Semua manuskrip ditaip pada kertas A4, langkau satu baris. Kandungan setiap manuskrip ditaip menggunakan Times New Roman, fon 11, termasuk jadual dan rajah.
• Manuskrip yang dihantar ke jurnal ini seharusnya tidak pernah diterbitkan dalam penerbitan lain atau dihantar untuk jurnal lain.
• Panjang manuskrip hendaklah antara 4000 hingga 5000 perkataan termasuk rujukan dan lampiran,
• Manuskrip dihantar dalam bentuk satu salinan bercetak (hardcopy) yang bermutu tinggi dan satu salinan softcopy dalam bentuk email, kepada:

Sidang Editor,
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam,
Beg Berkunci No.214,
Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan Tel: 03-89250352 Fax: 03-89250781

Manuskrip yang diterima akan dihantar untuk penyemakan kepada editor yang dilantik berdasarkan kepada kepakaran masing-masing. Manuskrip yang tidak terpilih tidak akan dipulangkan kepada penulis. Penulis yang manuskripnya dipilih untuk diterbitkan sebagai artikel akan dihubungi untuk membuat pembetulan berdasarkan saranan-saranan editor. Penulis hendaklah menghantar semula manuskrip yang telah diperbaiki kepada sidang editor dalam tempoh dua minggu. Penulis menghantar manuskrip kepada Ketua Editor setelah menyempurnakan penulisan dengan membuat pembetulan-pembetulan berdasarkan teguran editor. Manuskrip-manuskrip tersebut kemudiannya melalui penilaian sepanjang tempoh dua minggu oleh pewasit/penilai yang dilantik, setelah itu dikembalikan kepada penulis untuk dibaiki berdasarkan teguran pewasit. Proses penerbitan dijalankan pada bulan November setelah kesemua proses double review dalam kalangan editor dan pewasit serta pembetulan selesai. Artikel yang gagal dikembalikan oleh penulis dengan pembetulan yang lengkap, tidak akan diterbitkan. Tiada sebarang bayaran kepada penyumbang artikel, editor dan pewasit tetapi kesemua pihak akan menerima sijil penghargaan dan berpeluang melayari laman web utama IPG KPI dengan carian enjin Koleksi Jurnal IPG KPI untuk akses kepada JAUHARI 2020.
  Journal Coverage



  Indexation
Indexed by MyJurnal (2019)
H-Index 0
Immediacy Index 0.000
Rank 0

  Other journals
International Journal of Property Sciences
JUMMEC
Journal of Surveying, Construction and Property
SARJANA
SEJARAH : Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya
Jurnal Pengajian Media Malaysia